Jumat, 07 Maret 2014

Zac Efron Jatuh Cedera Patah Rahang


Pelakon Zac Efron dilaporkan mengalami kecederaan patah rahang selepas terjatuh di hadapan pintu masuk rumahnya yang terletak di Los Angeles.

Menurut laporan E! News, pelakon berusia 26 tahun itu terjatuh ke dalam lopak air di hadapan rumahnya yang tidak disedari oleh aktor tersebut.

Zac mengalami kecederaan ringan yang memerlukan beberapa jahitan dan dijadualkan akan sembuh dalam masa yang singkat.

Ekoran kemalangan yang menimpa Zac, aktiviti promosi untuk filem terbarunya, That Awkward Moment telah ditunda sehingga keadaannya sembuh seperti sedia kala.

Oleh: AUDREY LEE
Read More..

Kamis, 06 Maret 2014

Raih RM32 000 Main P’mainan Komputer 3 Bulan

Permainan Komputer

Orang sering berkata, rahsia kejayaan sesuatu karier itu ialah melakukan apa yang anda suka. Jika perkara yang anda suka ialah bermain permainan komputer pastinya sukar untuk membahagikan kegemaran anda itu dengan kerja.
Kesukaran itu tidak menjadi masalah bagi seorang lelaki bernama Moru-Chan seorang penggemar permainan komputer yang meraih pendapatan USD10,000 kira-kira RM32,000 selepar bermain satu permainan komputer selama tiga bulan.
Jika kegeraman anda menghabiskan masa lapang bermain permainan online seperti World of Warcraft of Guild Wars, pasti anda mahukan pekerjaan seperti Moru-Chan.
Biasanya, terdapat ramai lagi penggemar permainan komputer yang bermain dengan percuma tanpa meraih apa-apa pendapatan tetapi lelaki Jepun itu antara yang bertuah terpilih untuk menyara hidupnya dengan membunuh raksasa dalam alam fantasi permainan online.
language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">
Moru-Chan dipilih oleh sekumpulan pasukan pembangunan permainan Arch Age untuk menerima cek berjumlah 1 juta yen dengan menghabiskan tiga bulan tinggal di dalam sebuah apartment satu bilik disediakan oleh syarikat berkenaan.
Beliau dikehendaki bermain permainan video berkenaan secara langsung dalam talian di sebuah laman video dikenali Niconico.
Beliau menghabiskan masa sepanjang malam di hadapan komputer bermain permainan berkenaan dan hari-harinya dihabiskan dengan tidur di atas sebuah tilam di atas lantai, memasak di dalam sebuah dapur kecil dan juga membasuh baju yang dipakai setiap hari.
Dengan peluang untuk berada di luar dan menyedut udara segar, ramai pastinya menyifatkan ia sebagai satu mimpi ngeri tetapi bagi penggemar permainan komputer seperti Moru-Chan ia umpama mimpi menjadi kenyataan. sumber

Read More..

Rabu, 05 Maret 2014

Sgor peruntuk RM10 juta buat wira yang gugur

Harakahdaily, 05 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipetik Bernama berkata, kerajaan negeri akan memberi peruntukan dana khas RM10 juta kepada angota polis yang terkorban ketika mempertahankan negara di Sabah.

Katanya, dana tersebut bagi mengiktiraf jasa dan sumbangan anggota-anggota tersebut yang telah mempertahan kedaulatan negara dengan nyawa mereka.

"Dana ini bukan sahaja untuk membantu polis dan tentera yang terkorban dari Selangor, tetapi juga semua mereka yang kehilangan nyawa dalam kedua-dua insiden itu," katanya kepada agensi berita itu.

Bagaimanapun katanya, perbincangan lanjut berhubung perkara itu akan dibawa ke mesyuarat exco esok.

Beliau berkata melalui dana itu, kerajaan negeri juga akan meneliti cara bagaimana untuk membantu dari segi kewangan dan lain-lain keperluan anggotakeluarga terdekat wira-wira negara ini.

"Kami (kerajaan Selangor) merasakan kebajikan anggota keluarga mereka perlu diberi perhatian memandangkan mereka terkorban mempertahan kedaulatan negara kita," katanya.

Setakat ini lapan anggota polis telah terkorban dalam dua pertempuran berasingan masing-masing di Lahad Datu dan Semporna.

Mereka yang terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu adalah Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabarudin dari unit 69 Komando.

Manakala mereka dalam pertempuran di Semporna pula adalah Supritendan Ibrahim Lebar (Cawangan Khas E1, Bukit Aman), ASP Michael, (KCKD Semporna), Sarjan Aziz, (PGA Btn 14 Semporna), Koperal Azrul, (PGA Btn 14 Semporna), Sarjan Baharin, (Cawangan Khas E1, IPK Sabah), Koperal Salam, (Cawangan Khas, IPD Tawau).
Read More..

Senin, 03 Maret 2014

10 Perpustakaan Termegah Di Dunia

Buku adalah Jendela ilmu, karena dengan buku kita dapat mengetahui banyak hal. jadi tidak heran banyak orang yang menganggap buku sebagai ilmu pengetahuan terbaik. Tidak heran juga banyak orang yang sering menghabiskan waktu untuk membaca di perpustakaan. Namun, tahukah anda bahwa ada 10 perpustakaan termegah di dunia.


 
1. Library of Congress
http://www.didunia.net/
Perpustakaan Termegah Di Dunia
Library of Congress berada di Washington DC, Amerika Serikat dan didirikan pada tahun 1800. Perpustakaan ini memiliki stock lebih dari 30 juta buku. Library of Congress ini sempat muncul di film National Treasure 2.


2. National Library of China

National Library of China adalah perpustakaan yang berada di Beijing, Cina dan didirikan pada tahun 1909. Perpustakaan ini memiliki stock lebih dari 22 juta buku.


3. Library of the Russian Academy of Sciences

Library of the Russian Academy of Sciences terletak di St Petersburg, Rusia yang didirikan pada tahun 1714. Perpustakaan ini memiliki stock lebih dari 20 juta buku.


4. National Library of Canada

http://www.didunia.net/
National Library of Canada berada di Ottawa, Kanada dan didirikan pada tahun 1953. Perpustakaan ini memiliki stock lebih dari 18.800.000 buku.


5. German National Library

German National Library berada di Frankfurt, Jerman dan dibangun pada tahun 1990. Perpustakaan ini memiliki stock lebih dari 18.500.000 buku.


6. British Library

British Library terletak di London, Inggris dan didirikan di tahun 1753. Perpustakaan ini memiliki lebih dari 16 juta buku.


7. Institute for Scientific Information Russian Academy of Sciences

Institute for Scientific Information Russian Academy of Sciences berada di Moskow, Rusia dan didirikan tepatnya di tahun 1969. Perpustakaan ini memiliki lebih dari 13.500.000 buku.


8. Harvard University Library

Harvard University Library berada di Cambridge, MA, USA. Harvard University Library dibangun pada tahun 1638 dan memiliki stock lebih dari 13.100.000 buku.


9. Vernadsky National Scientific Library of Ukraine

Vernadsky National Scientific Library of Ukraine berada di Kiev, Ukraina. Vernadsky National Scientific Library of Ukraine dibangun tahun 1919 dan diketahui memiliki stock lebih dari 13 juta buku.


10. New York Public Library

New York Public Library terletak di Kota New York, NY, USA. New York Public Library dibangun tahun 1895 dan memiliki lebih dari 11 juta buku.
 
 
sumber
Read More..

Minggu, 02 Maret 2014

Sadis! Wanita Malaysia Dibunuh Disimen di Kebun Belakang Rumah

  detikNews
The Star
Bandar Seri Begawan - - Kejadian yang menyedihkan menimpa seorang wanita Malaysia di Brunei Darussalam. Tidak hanya dibunuh, jasad wanita ini disimen dalam sebuah dinding di salah sebuah rumah di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.

Terakhir kali terlihat, wanita bernama Voon Su Ching ini pergi ke rumah temannya untuk mengawasi bungalow milik temannya yang balik ke kampung halaman. Voon pun diberi kunci rumah temannya tersebut.

Seperti dilansir The Star, Rabu (20//2/2013), ketika si pemilik rumah pulang pada  17/2  malam, dia mencurigai keberadaan tembok setinggi 3 meter di kebun rumahnya. Semakin mencurigakan kerana tercium bau busuk dari dinding tersebut.

Si pemilik rumah yang tidak disebutkan namanya ini, melapor ke polis  setempat. Polis  yang datang ke lokasi dikejutkan dengan  penemuan jasad Voon di dalam tembok tersebut. Keluarga Voon menyebut, wanita berusia 39 tahun tersebut menghilang dan tidak diketahui keberadaannya sejak Rabu  13/2  lalu.

Polis  yakin Voon menjadi mangsa pembunuhan. Menurut polis , si pelaku menutupi jasad Voon dengan zink sebelum menyimennya.

Menindaklanjuti kes ini, polis  telah menahan seorang lelaki berusia 40 tahun yang dipercayai terlibat. Lelaki ini dilihat membawa dua truk simen ke lokasi kejadian.

Polis setempat masih melakukan penyeiasatan lebih lanjut atas kes ini. Motif pembunuhan belum diketahui pasti. Oleh teman-temannya, Voon dikenal sebagai wanita yang ramah dan selalu ceria
Read More..

Sabtu, 01 Maret 2014

Blogger Pro Kerajaan Serang PEMANDU


Hari ini blogger Otai Rocky Bru telah menulis satu entri mengenai Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) yang agak panas juga.

Tajuknya saja menunjukkan, sesuatu yang panas di PEMANDU menjadikan para blogger naik angin.

Menurut entri Rocky, pada hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan 20 sen pada harga petrol RON95 iaitu Isnin lepas, beberapa blogger arus perdana dijemput untuk menghadiri satu sesi taklimat media di Kementerian Kewangan.

Para blogger diminta memberikan maklumbalas kepada pihak kementerian berkenaan program rasionalisasi subsidi, pembentangan Bajet 2014 dan juga beberapa polisi.

Blogger yang hadir diminta memberikan maklumbalas berkenaan melalui sesi perbincangan di dalam kumpulan-kumpulan kecil.

Selesai taklimat, blogger terus memulakan tugas diamanahkan. Maklumbalas para blogger ialah, langkah rasionalisasi subsidi tidak akan berjaya jika kerajaan berterusan membazirkan wang.

Pegawai Rasmi : Membazir ke atas apa?

Blogger : Saya boleh sertakan senarai 100 perkara ketika ini yang kerajaan sedang membazir wang.

Pegawai Rasmi : Seperti apa?

Blogger : Seperti membayar gaji yang tinggi kepada pakar rujuk atau konsultan yang tidak penting dan tidak diperlukan.

LANCAR SERANGAN KE ATAS PEMANDU

Menurut entri Rocky, PEMANDU kini dipandang sinis oleh para blogger pro-kerajaan. Menurut beliau, beberapa anggota kabinet Najib turut mengesyaki sesuatu ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala yang diamanahkan untuk memimpin PEMANDU.

Perbandingan pun mula berlaku di antara PEMANDU dan juga Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang lebih berkesan di Jabatan Perdana Menteri yang telah bertinjauan memberikan kesan positif kepada ekonomi negara berbanding membelanjakan jutaan ringgit kepada pakar rujuk.

Rocky turut menampilkan beberapa entri serangan blogger pro-kerajaan kepada PEMANDU ini dan isunya sekali.

Antaranya ialah tulisan Syed Akbar Ali melalui blognya syedoutsidethebox.blogspot.com yang menulis PEMANDU memiliki beberapa orang pegawai yang akan mengagalkan perancangan Najib dalam mentadbir negara.

SENARAI PEGAWAI KANAN DALAM PEMANDU

Entri beliau pada 29 Ogos mengatakan beliau menerima satu email pada awal pagi itu yang disertakan dengan senarai pegawai-pegawai kanan di PEMANDU yang didakwa mentadbir negara dengan kebenaran Perdana Menteri.

Menurut email yang diterimanya, para individu itu masih muda tetapi diberikan jawatan tinggi di PEMANDU dan menurut pengirim email di laman blog Syed Akbar, ada di antara pegawai di PEMANDU juga adalah penyokong BERSIH.

Pengirim email turut memberikan senarai 17 kakitangan PEMANDU dengan sembilan dari mereka berbangsa cina, dua berbangsa India dan Melayu cuma enam orang.

Menurut tulisan entri Syed Akbar, takkan di sebuah jabatan yang sensitif di bawah seliaan Perdana Menteri yang bangsa Melayu menjadikan populasi hampir 60 peratus hanya boleh melantik enam orang Melayu di dalam PEMANDU.

Rocky turut berkongsi entri tulisan blog The Benchmark pada 3 September lepas yang mempersoalkan integriti salah seorang pegawai di dalam PEMANDU.

KONTROVERSI FARAH INTAN BURHANUDDIN?

Individu dimaksudkan ialah Farah Intan Burhanuddin dan jika di PEMANDU beliau memegang jawatan Penganalisis Kanan Unit Pengurusan dan Penyampaian Jabatan Perdana Menteri dan sebelum ini Farah dikatakan bertugas di Zaid Ibrahim & Co.

Menurut The Benchmark, Farah merupakan lulusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Beliau tiba-tiba muncul dan menjawat jawatan penting dalam PEMANDU. Farah menguruskan program berkaitan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Indeks Prestasi Utama (KPI) serta memantau PDRM bagi pihak Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

Farah jika mahu boleh memanggil semua Ketua Polis Daerah jika beliau mahu bertemu dengan mereka.

The Benchmark menulis, Farah suka berparti dan juga memiliki tabiat meminum arak serta membuat beberapa perjalanan ke luar negara yang dilabel sebagai lawatan kerja cukup dikenali di pejabat dan digelar sebagai ‘Party Queen’ di PEMANDU.



Hubungan Farah dengan beberapa lelaki warga asing menjadikan beliau sasaran kuasa asing dan beliau mungkin akan diugut sehingga terpaksa mendedahkan maklumat sulit negara ke tangan pihak asing.

Farah menurut entri itu adalah satu ancaman keselamatan, gaya hidup mewah serta tabiat minum araknya adalah sesuatu yang tidak sesuai untuk tugasnya di Jabatan Perdana Menteri.

The Benchmark mendesak pihak Najib atas nama kepentingan negara mengugurkan Farah dan juga beberapa nama lain yang didakwa merosakkan PEMANDU daripada terus menjawat jawatan.

Ada lagi beberapa entri yang dilihat mengkritik PEMANDU kerana dikatakan lebih berharap kepada pakar rujuk sehingga terpaksa membelanjakan berjuta-juta ringgit sehingga ada satu pakar rujuk ditunjukkan dibayar hampir RM36 juta.

Pihak Jabatan Perdana Menteri dan PEMANDU diminta mengambil perhatian serius ke atas isu ini kerana luahan dan ketidakpuasan hati diluahkan oleh blogger adalah datangnya dari mereka yang pro-kerajaan sendiri.

OLEH : KUMBANG WIRA
Read More..