Tampilkan postingan dengan label malaysia. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label malaysia. Tampilkan semua postingan
Minggu, 02 Maret 2014
Sadis! Wanita Malaysia Dibunuh Disimen di Kebun Belakang Rumah
detikNews
Bandar Seri Begawan - - Kejadian yang menyedihkan menimpa seorang wanita Malaysia di Brunei Darussalam. Tidak hanya dibunuh, jasad wanita ini disimen dalam sebuah dinding di salah sebuah rumah di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.
Terakhir kali terlihat, wanita bernama Voon Su Ching ini pergi ke rumah temannya untuk mengawasi bungalow milik temannya yang balik ke kampung halaman. Voon pun diberi kunci rumah temannya tersebut.
Seperti dilansir The Star, Rabu (20//2/2013), ketika si pemilik rumah pulang pada 17/2 malam, dia mencurigai keberadaan tembok setinggi 3 meter di kebun rumahnya. Semakin mencurigakan kerana tercium bau busuk dari dinding tersebut.
Si pemilik rumah yang tidak disebutkan namanya ini, melapor ke polis setempat. Polis yang datang ke lokasi dikejutkan dengan penemuan jasad Voon di dalam tembok tersebut. Keluarga Voon menyebut, wanita berusia 39 tahun tersebut menghilang dan tidak diketahui keberadaannya sejak Rabu 13/2 lalu.
Polis yakin Voon menjadi mangsa pembunuhan. Menurut polis , si pelaku menutupi jasad Voon dengan zink sebelum menyimennya.
Menindaklanjuti kes ini, polis telah menahan seorang lelaki berusia 40 tahun yang dipercayai terlibat. Lelaki ini dilihat membawa dua truk simen ke lokasi kejadian.
Polis setempat masih melakukan penyeiasatan lebih lanjut atas kes ini. Motif pembunuhan belum diketahui pasti. Oleh teman-temannya, Voon dikenal sebagai wanita yang ramah dan selalu ceria
Terakhir kali terlihat, wanita bernama Voon Su Ching ini pergi ke rumah temannya untuk mengawasi bungalow milik temannya yang balik ke kampung halaman. Voon pun diberi kunci rumah temannya tersebut.
Seperti dilansir The Star, Rabu (20//2/2013), ketika si pemilik rumah pulang pada 17/2 malam, dia mencurigai keberadaan tembok setinggi 3 meter di kebun rumahnya. Semakin mencurigakan kerana tercium bau busuk dari dinding tersebut.
Si pemilik rumah yang tidak disebutkan namanya ini, melapor ke polis setempat. Polis yang datang ke lokasi dikejutkan dengan penemuan jasad Voon di dalam tembok tersebut. Keluarga Voon menyebut, wanita berusia 39 tahun tersebut menghilang dan tidak diketahui keberadaannya sejak Rabu 13/2 lalu.
Polis yakin Voon menjadi mangsa pembunuhan. Menurut polis , si pelaku menutupi jasad Voon dengan zink sebelum menyimennya.
Menindaklanjuti kes ini, polis telah menahan seorang lelaki berusia 40 tahun yang dipercayai terlibat. Lelaki ini dilihat membawa dua truk simen ke lokasi kejadian.
Polis setempat masih melakukan penyeiasatan lebih lanjut atas kes ini. Motif pembunuhan belum diketahui pasti. Oleh teman-temannya, Voon dikenal sebagai wanita yang ramah dan selalu ceria
Rabu, 26 Februari 2014
Kes mesin judi KGNS dedahkan industri perjudian lumayan Malaysia
Oleh The Malaysian Insider June 16, 2013
KUALA LUMPUR, 16 Jun — Langkah kontroversi oleh jawatankuasa pengurusan Kelab Golf Negara Subang (KGNS) untuk memajak dan memindahkan mesin perjudian di luar kelab memberikan peluang untuk mengintip industri berbilion ringgit dikawal oleh sekumpulan ahli perniagaan yang rapat dengan Barisan Nasional (BN).
Tan Sri Megat Najmuddin Khas dan ahli jawatankuasa untuk tahun 2011-2012 baru-baru ini dikecam oleh ahli-ahli kelab kerana tidak cekap dan berkelakuan cuai serta melakukan pelanggaran kewajipan, menurut dokumen yang ditunjukkan kepada The Malaysian Insider.
Kapten kelab pada ketika itu Datuk Ronnie Yeo menerima kecaman paling keras kerana menjadi orang yang berbincang untuk perjanjian pemindahan itu apabila beliau diambil bekerja oleh Waz Lian Recreation Sdn Bhd, syarikat dimiliki oleh hartawan - menganjurkan majlis makan malam dihadiri oleh 60,000 orang di Port Klang untuk menunjukkan sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak.
Sekumpulan hartawan Cina memegang beratus-ratus lesen dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan untuk mengendalikan mesin perjudian. Mesin-mesin ini diletakkan di kelab persendirian di sekitar ibu kota, akan tetapi terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu mencuba nasib.
Disebabkan kawalan ketat untuk lesen di bawah Akta Loteri oleh Kementerian Kewangan, sesetengah hartawan telah beralih ke mesin perjudian yang dikendalikan oleh kelab golf dan kelab sukan diseluruh negara, menawarkan jawatankuasa pengurusan kontrak untuk memajak dan memindahkan mesin ke premis di luar kelab.
Sebagai ganjaran, pengendali perjudian ini bersedia untuk membayar kelab-kelab sejumlah tetap setiap bulan. Kebiasaannya, pampasan bulanan itu lebih daripada jumlah diterima oleh kelab dengan meletakkan mesin-mesin itu jika hanya dikunjungi oleh ahli-ahli kelab.
Akan tetapi masalahnya, perjanjian seperti ini melanggar syarat lesen seperti ditetapkan oleh Kementerian Kewangan, termasuk syarat untuk meletakkan mesin di premis kelab dan memastikan hanya ahli kelab dibenarkan untuk menggunakan mesin perjudian itu.
Dalam kes ini, KGNS bersetuju untuk memindahkan operasi bagi 10 mesin perjudian mereka kepada Waz Lian pada Mei 2012, lebih setahun selepas rundingan antara jawatankuasa pengurusan dan penggendali itu.
Mesin perjudian itu dipindahkan ke Galaxy Club di Kota Damansara dan telah dipersetujui Waz Lian akan menguruskan mesin perjudian itu untuk lima tahun. Dalam enam bulan pertama, KGNS akan menerima RM126,000. Selepas itu KGNS akan menerima RM150,000 sebulan.
Waz Lian juga bersetuju jika lesen perjudian itu dibatalkan, mereka akan membayar RM10 juta kepada KGNS sebagai pampasan. Jawatankuasa pengurusan juga bersetuju dengan cadangan oleh Waz Lian untuk menggelar bilik perjudian di Kota Damansara sebagai "lampiran kelab, satu langkah untuk memastikan secara teknikalnya akan memenuhi syarat Kementerian Kewangan kerana mempunyai mesin di premis kelab.
Akan tetapi perjanjian itu tidak menyenangkan ahli kelab dan dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada Jun tahun lepas, telah diputuskan jawatankuasa siasatan khas menyiasat "punca-punca dan sebab-sebab" kelab terlibat dalam perjanjian untuk mengendalikan mesin slot dan mengeluarkannya dari kelab.
Selepas siasatan, jawatankuasa siasatan khas mendapati banyak pelanggaran telah berlaku.
Contohnya, perjanjian dengan Waz Lian menyatakan orang awam dibenarkan menggunakan mesin judi di Galaxy Club, bertentangan dengan syarat-syarat Kementerian Kewangan hanya ahli kelab boleh menggunakan mesin-mesin itu.
Selain itu, Galaxy Club secara tidak sah digambarkan sebagai lampiran oleh KGNS oleh kerana kelab golf itu tidak mempunyai pemilikan eksklusif premis di mana mesin dipindahkan.
Jawatankuasa siasatan khas juga mendapati, walaupun penggendali memberikan jaminan untuk membayar RM10 juta jika lesen ditarik balik, Waz Lian tidak mempunyai akaun perniagaan baik dengan hutang sebanyak RM446,872.
Terdapat juga kekecewaan dikalangan ahli kelab kerana peguam kelab telah pada bulan Disember 2011 mengangkat bendera merah sama ada syarat-syarat Kementerian Kewangan membolehkan mesin untuk digunakan oleh bukan ahli.
Masih belum jelas jika Kementerian Kewangan akan bertindak terhadap KGNS atau kelab lain yang telah membuat perjanjian dengan ahli perniagaan mempunyai hubungan kuat yang mendominasi perniagaan mesin judi di Malaysia.The Malaysian Insider
Senin, 17 Februari 2014
Bendera Malaysia Dinaikkan Di Selatan Thai
PATTANI, Thailand : Kumpulan pemberontak disyaki membakar beberapa helai bendera Thailand dan menaikkan bendera Malaysia di sini dalam satu operasi pengeboman terancang yang amat jarang berlaku di kawasan selatan negara ini semalam.
Menurut polis, alat seperti bom ditemui di sekurang-kurangnya 60 lokasi di Narathiwat dan Pattani, wilayah yang majoritinya terdiri daripada penganut Islam. Kebanyakan alat itu adalah palsu, tetapi hampir 12 unit daripadanya meletup dan mencederakan enam orang tentera.
Pegawai Operasi Keselamatan Dalaman Selatan, Pramote Prom-in memberitahu tindakan memasang bendera Malaysia dengan bahan letupan itu bertujuan menunjukkan penentangan terhadap kerajaan Thailand dan mencipta ketegangan dengan Malaysia.
Beliau meminta supaya kerajaan bertindak tegas sambil menyatakan serangan tersebut tidak memberi kesan terhadap hubungan di antara Bangkok dan Kuala Lumpur.
Masih tidak jelas kenapa bendera Malaysia dinaikkan oleh kumpulan pemberontak itu. Bendera tersebut dipasang di sepanjang jalan, tiang elektrik, pokok dan laluan pejalan kaki di wilayah Yala, Pattani, Narathiwat dan Songkhla.
Para penganalisis menyatakan militan mahukan sebuah negara yang merdeka, tetapi tidak pernah menunjukkan minat mahu menjadi sebahagian daripada Malaysia.
Penyelidik kanan Pemantau Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di New York, Sunai Phasuk mengakui bahawa motif pemberontak menaikkan bendera Malaysia masih misteri.
Kumpulan pemisah dikatakan mula muncul sejak Januari 2004. Sejak itu, seramai 5,206 terbunuh dan 9,137 lagi cedera dalam banyak siri serangan. – Agensi
Langganan:
Postingan (Atom)