Tampilkan postingan dengan label thai. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label thai. Tampilkan semua postingan
Sabtu, 08 Maret 2014
Tasha Shilla Rapat Dengan Peninju Muay Thai

Sebelum ini nama pelakon Tasha Shilla sering kali dikaitkan dengan pemain bola sepak kebangsaan Mahali Jasuli namun baru-baru ini timbul pula gosip mengatakan dia kini sedang rapat dengan seorang peninju Muay Thai.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Tasha berkata kepada portal Gua, “Tasha kenal dengan ramai kawan yang aktif dalam sukan Muay Thai, yang mana salah seorangnya ada dikaitkan dengan Tasha”.
“Kami baru saja kenal dan masih terlalu awal untuk bercerita dengan lebih serius. Tasha anggap dia sebagai kawan biasa. Kami kenal atas kawan di mana kawan Tasha adalah kawan dia,” katanya.
Hai orang cantik macam Tasha, pastinya sentiasa menjadi buruan ramai jejaka yang mendambakan cintanya.
Cumanya siapalah yang bertuah yang dapat menambat hati pelakon berusia 25 tahun ni kan..
Kita tunggu dan lihat sahaja nanti pengumuman daripada Tasha kerana dia mengakui tidak akan menyorokkan kekasihnya daripada pihak media dan peminat kelak.
Oleh: AUDREY LEE
Senin, 17 Februari 2014
Bendera Malaysia Dinaikkan Di Selatan Thai
PATTANI, Thailand : Kumpulan pemberontak disyaki membakar beberapa helai bendera Thailand dan menaikkan bendera Malaysia di sini dalam satu operasi pengeboman terancang yang amat jarang berlaku di kawasan selatan negara ini semalam.
Menurut polis, alat seperti bom ditemui di sekurang-kurangnya 60 lokasi di Narathiwat dan Pattani, wilayah yang majoritinya terdiri daripada penganut Islam. Kebanyakan alat itu adalah palsu, tetapi hampir 12 unit daripadanya meletup dan mencederakan enam orang tentera.
Pegawai Operasi Keselamatan Dalaman Selatan, Pramote Prom-in memberitahu tindakan memasang bendera Malaysia dengan bahan letupan itu bertujuan menunjukkan penentangan terhadap kerajaan Thailand dan mencipta ketegangan dengan Malaysia.
Beliau meminta supaya kerajaan bertindak tegas sambil menyatakan serangan tersebut tidak memberi kesan terhadap hubungan di antara Bangkok dan Kuala Lumpur.
Masih tidak jelas kenapa bendera Malaysia dinaikkan oleh kumpulan pemberontak itu. Bendera tersebut dipasang di sepanjang jalan, tiang elektrik, pokok dan laluan pejalan kaki di wilayah Yala, Pattani, Narathiwat dan Songkhla.
Para penganalisis menyatakan militan mahukan sebuah negara yang merdeka, tetapi tidak pernah menunjukkan minat mahu menjadi sebahagian daripada Malaysia.
Penyelidik kanan Pemantau Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di New York, Sunai Phasuk mengakui bahawa motif pemberontak menaikkan bendera Malaysia masih misteri.
Kumpulan pemisah dikatakan mula muncul sejak Januari 2004. Sejak itu, seramai 5,206 terbunuh dan 9,137 lagi cedera dalam banyak siri serangan. – Agensi
Langganan:
Postingan (Atom)