Senin, 10 Maret 2014
Suami Isteri Dibelasah Penyamun

KERIAN – Sekumpulan penyamun bukan hanya melarikan wang tunai dan barangan berharga di sebuah rumah di sini, malah tergamak membelasah tuan rumah serta isterinya tanpa belas kasihan.
Lebih kejam, penjenayah yang memecah masuk kediaman Mohd Ishak Din, 55, di Kampung Matang Merbau, di sini, awal pagi kelmarin itu turut mengugut ingin merogol anak perempuan mangsa.
Isteri mangsa, Siti Aishah Abdullah@ Hun Ban, 44, berkata, dalam kejadian jam 3.30 pagi, dia dan suami sedang tidur di dalam bilik selepas pulang dari berniaga di pasar malam pada jam 2.30 pagi.
Menurutnya, dia hanya menyedari kehadiran empat penyamun itu setelah dikejutkan oleh seorang daripada penjenayah terbabit dan diacukan pisau ke lehernya.
“Terkejut dengan kehadiran mereka, saya segera menjerit sekuat hati meminta tolong. Namun tindakan saya menaikkan kemarahan kumpulan penjenayah itu apabila muka saya ditumbuk bertalu-talu oleh seorang penyamun, manakala suami saya dibelasah dengan sebatang kayu,” katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Taiping, semalam.
Siti Aishah berkata, dia menangis melihat suaminya dibelasah dan demi menyelamatkan lelaki itu, dia menyerahkan wang modal pusingan perniagaan mereka berjumlah RM4,500 kepada penjenayah terbabit.
Menurutnya, bagaimanapun kumpulan penjenayah terbabit masih tidak berpuas hati dan mendesaknya menyerahkan barangan berharga lain.
“Bimbang anak-anak turut diapaapakan, saya segera menyerahkan sebuah komputer riba, sebuah komputer dan empat telefon bimbit.
“Walaupun kami menurut arahan mereka, suami saya terus dibelasah menggunakan kayu, manakala mata saya ditumbuk,” katanya.
Siti Aishah berkata, kumpulan penyamun berkenaan akhirnya beredar dari rumahnya setengah jam kemudian dan turut melarikan sebuah kereta Perodua Avanza berwarna biru miliknya.
Menurutnya, setelah kumpulan penyamun terbabit beredar, dia segera mengarahkan anaknya meminta pertolongan jiran untuk menghantar suaminya ke Hospital Parit Buntar untuk mendapatkan rawatan.
“Sejurus tiba di Hospital Parit Buntar, suami saya terpaksa dipindahkan ke Hospital Taiping setelah doktor mendapati luka kecederaannya amat serius dan perlu segera dibedah.
“Saya bersyukur nyawa suami masih panjang dan keenam-enam anak saya tidak diapa-apakan penyamun terbabit,” katanya.
Sementara itu, Mohd Ishak berkata, kumpulan penyamun terbabit memecah masuk rumahnya melalui pintu dapur.
Katanya, walaupun keempat-empat penjenayah itu bertopeng, dia mengesyaki mereka rakyat tempatan berdasarkan percakapan mereka. – Sinar Harian Online
Minggu, 09 Maret 2014
5 Jembatan Tertinggi Di Dunia
Di bawah ini adalah daftar jembatan tertinggi di dunia dengan kriteria penilaian berdasarkan ketinggian struktur jembatan. Ketinggian struktural jembatan adalah jarak vertikal maksimum dari titik paling atas jembatan, seperti puncak sebuah menara jembatan di jembatan gantung, turun ke titik terendah terlihat dari jembatan, hingga ke tanah atau permukaan air di bawah jembatan. Berikut 5 jembatan tersebut:
1. Jembatan Millau (Tinggi 341 m)
Jembatan Millau (le Viaduc de Millau) adalah sebuah jembatan jalan yang bersanggahkan kabel yang menyeberangi lembah Sungai Tarn dekat Millau di selatan Perancis. Dirancang oleh teknisi jembatan Perancis Michel Virlogeux dengan arsitek Britania, Lord Foster, Millau merupakan jembatan “vehicular” tertinggi di dunia, dengan tonggak puncak pada 341 meter; sedikit lebih tinggi dari Menara Eiffel dan hanya 40 m (132 kaki) lebih pendek dari Gedung Empire State. Millau dibuka resmi pada 14 Desember 2004 dan dibuka untuk lalu lintas pada 16 Desember 2004.
Jembatan Millau
Jembatan Millau
2. Jembatan Sungai Sutong Yangtze (Tinggi 306 m)
Jembatan Sungai Sutong Yangtze adalah jembatan kabel tetap yang membentang diatas Sungai Yangtze di Cina antara Nantong dan Changshu, sebuah kota satelit dari Suzhou, di provinsi Jiangsu. Dengan rentang 1.088 meter, jembatan ini adalah jembatan kabel dengan rentang utama terpanjang di dunia pada 2010. Dua bentang samping masing-masing 300 meter, dan ada juga empat rentang kabel kecil. Jembatan ini menerima penghargaan Prestasi 2010 Teknik Sipil Posisi (OCEA) dari American Society of Civil Engineers.
Jembatan Sungai Sutong Yangtze
Jembatan Sungai Sutong Yangtze
Dua menara jembatan memiliki tinggi 306 meter dan dengan demikian tertinggi ke tiga di dunia. Panjang jembatan total 8.206 meter. Konstruksi dimulai pada bulan Juni 2003, dan jembatan itu terkait pada bulan Juni 2007. Jembatan itu dibuka untuk lalu lintas pada tanggal 25 Mei 2008 dan secara resmi dibuka pada 30 Juni 2008. Konstruksi jembatan ini menghabiskan biaya sekitar US $ 1,7 miliar.
3. Jembatan Akashi-Kaikyo (Tinggi 298.3 m)
Jembatan Akashi-Kaikyo adalah jembatan gantung (suspension bridge) di atas selat Akashi yang menghubungkan Maiko di kota Kobe dengan kota Awaji di pulau Awaji, Jepang. Jembatan tol Akashi-Kaikyo terlihat indah di waktu malam dengan gemerlap lampu-lampu beraneka warna, sehingga jembatan ini juga dikenal dengan nama Pearl Bridge (jembatan mutiara). Jembatan ini panjangnya 1990 meter dan merupakan jembatan terpanjang di dunia.
Jembatan Akashi-Kaikyo
Jembatan Akashi-Kaikyo
Sebelum Jembatan Akashi-Kaikyo dibangun, kapal feri merupakan satu-satunya sarana transportasi yang dipakai untuk menyeberangi derasnya selat Akashi. Di tahun 1955, terjadi tabrakan akibat cuaca buruk di Laut Pedalaman Seto antara 2 kapal feri dengan korban 168 tewas yang sebagian besar anak-anak sekolah yang sedang studi wisata. Kemarahan masyarakat mendorong pemerintah Jepang untuk mulai merancang jembatan-jembatan yang menghubungkan pulau-pulau di Laut Pedalaman Seto, termasuk di antaranya jembatan gantung di atas selat Akashi. Pada mulanya, Jembatan Akashi-Kaikyo dirancang untuk dilewati kendaraan bermotor dan kereta api, tapi pada saat proyek pembangunan diumumkan pada bulan April 1986 ternyata jembatan hanya untuk dilewati kendaraan bermotor saja (semuanya ada 6 jalur). Pembangunan fisik dimulai tahun 1988 dan jembatan dibuka untuk umum pada tanggal 5 April 1998.
4. Jembatan Stonecutters (Tinggi 298 m)
Jembatan Stonecutters adalah jembatan kabel yang melintas di Selat Rambler di Hong Kong, menghubungkan Nam Wan Kok, Pulau Tsing Yi dan Pulau Stonecutters. Dek jembatan selesai dibangun pada tanggal 7 April 2009, membuat jembatan ini terpanjang kedua dalam rentang kabel tetap di dunia, dan dibuka untuk lalu lintas umum pada 20 Desember 2009. Konstruksinya, dimulai pada tanggal 27 April 2004 oleh beberapa perusahaan seperti Maeda-Hitachi-Yokogawa-Hsin Chong. Menghabiskan dana sebesar HK $ 2.760.000.000.
Jembatan Stonecutters
Jembatan Stonecutters
5. Great Belt Fixed Link (Tinggi 254 m)
Great Belt Fixed Link adalah sebuah jembatan yang menghubungkan antara Denmark dan Funen di Great Belt. Jembatan ini merupakan jembatan gantung yang terdiri dari jalan raya dan terowongan kereta api antara Zealand dan pulau Sprog. Jembatan ini memiliki rentang ketiga utama terpanjang di dunia (1,6 km) dan tinggi konstruksi mencapai 254 m. (**)
Great Belt Fixed Link
Great Belt Fixed Link
sumber
Sabtu, 08 Maret 2014
Tasha Shilla Rapat Dengan Peninju Muay Thai

Sebelum ini nama pelakon Tasha Shilla sering kali dikaitkan dengan pemain bola sepak kebangsaan Mahali Jasuli namun baru-baru ini timbul pula gosip mengatakan dia kini sedang rapat dengan seorang peninju Muay Thai.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Tasha berkata kepada portal Gua, “Tasha kenal dengan ramai kawan yang aktif dalam sukan Muay Thai, yang mana salah seorangnya ada dikaitkan dengan Tasha”.
“Kami baru saja kenal dan masih terlalu awal untuk bercerita dengan lebih serius. Tasha anggap dia sebagai kawan biasa. Kami kenal atas kawan di mana kawan Tasha adalah kawan dia,” katanya.
Hai orang cantik macam Tasha, pastinya sentiasa menjadi buruan ramai jejaka yang mendambakan cintanya.
Cumanya siapalah yang bertuah yang dapat menambat hati pelakon berusia 25 tahun ni kan..
Kita tunggu dan lihat sahaja nanti pengumuman daripada Tasha kerana dia mengakui tidak akan menyorokkan kekasihnya daripada pihak media dan peminat kelak.
Oleh: AUDREY LEE
Jumat, 07 Maret 2014
Zac Efron Jatuh Cedera Patah Rahang

Pelakon Zac Efron dilaporkan mengalami kecederaan patah rahang selepas terjatuh di hadapan pintu masuk rumahnya yang terletak di Los Angeles.
Menurut laporan E! News, pelakon berusia 26 tahun itu terjatuh ke dalam lopak air di hadapan rumahnya yang tidak disedari oleh aktor tersebut.
Zac mengalami kecederaan ringan yang memerlukan beberapa jahitan dan dijadualkan akan sembuh dalam masa yang singkat.
Ekoran kemalangan yang menimpa Zac, aktiviti promosi untuk filem terbarunya, That Awkward Moment telah ditunda sehingga keadaannya sembuh seperti sedia kala.
Oleh: AUDREY LEE
Kamis, 06 Maret 2014
Raih RM32 000 Main P’mainan Komputer 3 Bulan
Orang sering berkata, rahsia kejayaan sesuatu karier itu ialah melakukan apa yang anda suka. Jika perkara yang anda suka ialah bermain permainan komputer pastinya sukar untuk membahagikan kegemaran anda itu dengan kerja.Kesukaran itu tidak menjadi masalah bagi seorang lelaki bernama Moru-Chan seorang penggemar permainan komputer yang meraih pendapatan USD10,000 kira-kira RM32,000 selepar bermain satu permainan komputer selama tiga bulan.Jika kegeraman anda menghabiskan masa lapang bermain permainan online seperti World of Warcraft of Guild Wars, pasti anda mahukan pekerjaan seperti Moru-Chan.Biasanya, terdapat ramai lagi penggemar permainan komputer yang bermain dengan percuma tanpa meraih apa-apa pendapatan tetapi lelaki Jepun itu antara yang bertuah terpilih untuk menyara hidupnya dengan membunuh raksasa dalam alam fantasi permainan online. language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508"> Moru-Chan dipilih oleh sekumpulan pasukan pembangunan permainan Arch Age untuk menerima cek berjumlah 1 juta yen dengan menghabiskan tiga bulan tinggal di dalam sebuah apartment satu bilik disediakan oleh syarikat berkenaan.Beliau dikehendaki bermain permainan video berkenaan secara langsung dalam talian di sebuah laman video dikenali Niconico.Beliau menghabiskan masa sepanjang malam di hadapan komputer bermain permainan berkenaan dan hari-harinya dihabiskan dengan tidur di atas sebuah tilam di atas lantai, memasak di dalam sebuah dapur kecil dan juga membasuh baju yang dipakai setiap hari.Dengan peluang untuk berada di luar dan menyedut udara segar, ramai pastinya menyifatkan ia sebagai satu mimpi ngeri tetapi bagi penggemar permainan komputer seperti Moru-Chan ia umpama mimpi menjadi kenyataan. sumber
Rabu, 05 Maret 2014
Sgor peruntuk RM10 juta buat wira yang gugur
| Harakahdaily, | 05 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipetik Bernama berkata, kerajaan negeri akan memberi peruntukan dana khas RM10 juta kepada angota polis yang terkorban ketika mempertahankan negara di Sabah.
Katanya, dana tersebut bagi mengiktiraf jasa dan sumbangan anggota-anggota tersebut yang telah mempertahan kedaulatan negara dengan nyawa mereka.
"Dana ini bukan sahaja untuk membantu polis dan tentera yang terkorban dari Selangor, tetapi juga semua mereka yang kehilangan nyawa dalam kedua-dua insiden itu," katanya kepada agensi berita itu.
Bagaimanapun katanya, perbincangan lanjut berhubung perkara itu akan dibawa ke mesyuarat exco esok.
Beliau berkata melalui dana itu, kerajaan negeri juga akan meneliti cara bagaimana untuk membantu dari segi kewangan dan lain-lain keperluan anggotakeluarga terdekat wira-wira negara ini.
"Kami (kerajaan Selangor) merasakan kebajikan anggota keluarga mereka perlu diberi perhatian memandangkan mereka terkorban mempertahan kedaulatan negara kita," katanya.
Setakat ini lapan anggota polis telah terkorban dalam dua pertempuran berasingan masing-masing di Lahad Datu dan Semporna.
Mereka yang terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu adalah Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabarudin dari unit 69 Komando.
Manakala mereka dalam pertempuran di Semporna pula adalah Supritendan Ibrahim Lebar (Cawangan Khas E1, Bukit Aman), ASP Michael, (KCKD Semporna), Sarjan Aziz, (PGA Btn 14 Semporna), Koperal Azrul, (PGA Btn 14 Semporna), Sarjan Baharin, (Cawangan Khas E1, IPK Sabah), Koperal Salam, (Cawangan Khas, IPD Tawau).
Katanya, dana tersebut bagi mengiktiraf jasa dan sumbangan anggota-anggota tersebut yang telah mempertahan kedaulatan negara dengan nyawa mereka.
"Dana ini bukan sahaja untuk membantu polis dan tentera yang terkorban dari Selangor, tetapi juga semua mereka yang kehilangan nyawa dalam kedua-dua insiden itu," katanya kepada agensi berita itu.
Bagaimanapun katanya, perbincangan lanjut berhubung perkara itu akan dibawa ke mesyuarat exco esok.
Beliau berkata melalui dana itu, kerajaan negeri juga akan meneliti cara bagaimana untuk membantu dari segi kewangan dan lain-lain keperluan anggotakeluarga terdekat wira-wira negara ini.
"Kami (kerajaan Selangor) merasakan kebajikan anggota keluarga mereka perlu diberi perhatian memandangkan mereka terkorban mempertahan kedaulatan negara kita," katanya.
Setakat ini lapan anggota polis telah terkorban dalam dua pertempuran berasingan masing-masing di Lahad Datu dan Semporna.
Mereka yang terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu adalah Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabarudin dari unit 69 Komando.
Manakala mereka dalam pertempuran di Semporna pula adalah Supritendan Ibrahim Lebar (Cawangan Khas E1, Bukit Aman), ASP Michael, (KCKD Semporna), Sarjan Aziz, (PGA Btn 14 Semporna), Koperal Azrul, (PGA Btn 14 Semporna), Sarjan Baharin, (Cawangan Khas E1, IPK Sabah), Koperal Salam, (Cawangan Khas, IPD Tawau).
Selasa, 04 Maret 2014
Langganan:
Postingan (Atom)




















